Monday, April 20, 2009

"BIAR PAPA ASAL BERGAYA"

kalau tengok budak zaman sekarang ni...budak kampus pegi kelas pakai kereta, tak layan dah nak naik bas .. yang da keje lak baju n seluar mesti lah yang 'branded'..tak pakai baju cap yang murah2..handphone tak payah cakap la...baru keluar iklan kat tv tak sampai seminggu dah ada..memang la personaliti kena jaga, tapi tak perlu la nak cari baju n seluar yang branded, bukan orang nak tengok pun..yang penting cantik dan pandai digayakan..tak perlu nak habiskan beratus-ratus ringgit untuk sehelai baju..baju yang harga RM10.00 pun kalau pandai digayakan nampak cantik dipakai...berbaloi ke nak bergaya sampai duit nak makan pun tak de??

KEHANGATAN PROGRAM REALITI TV



KEHANGATAN program realiti televisyen (TV) sekarang ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.Progarm ini bukan sahaja diminati ramai tetapi begitu memukau dan mengkhayalkan. Program seperti ini membawa kesan negatif kepada masyarakat terutama golongan remaja.Ada diantaranya yang tidak selaras dengan nilai, adat resam , tatasusila dan budaya luhur warisan nenek moyang.
Program realiti tv ini lebih bersifat mengagungkan individu dan menjadi jalan pintas untuk berjaya. Malah sudah kedengaran remaja mengatakan tidak perlu belajar tinggi untuk berjaya. Hanya dengan memasuki pertandingan realiti televisyen sahaja sudah boleh berjaya dan menjadi ternama.

PEKAN MERAIKAN KEPULANGAN PM


Kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pekan pada 18.4.2009 (sabtu) telah disambut dengan meriah oleh kira-kira 15,000 rakyat Pekan dalam majlis sambutan yang diadakan di padang Majlis Daerah Pekan pada jam 11.30 pagi.Ketibaan Perdana Menteri dan isteri diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, pemimpin Kabinet kelahiran Pahang, pemimpin negeri dan ketua-ketua jabatan.
Di majlis ini juga, Perdana Menteri telah merasmikan laman web komuniti Pekan ( www.pekan.my) dan seterusnya memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran dari penduduk Pekan diatas kepulangan Perdana Menteri.
Ini adalah kepulangan pertama Najib ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Thursday, April 2, 2009

PERMASALAHAN REMAJA


Isu permasalahan moral dikalangan remaja saban hari membimbangkan negara. Permasalahan remaja ini telah pun berlaku dari zaman saya bersekolah lagi tetapi tidaklah sehangat pada alaf ini. Sepanjang tempoh saya menuntut di sekolah, belum pernah berita guru di pukul pelajar, buli atau salah laku pelajar terpampang di media cetak atau elektronik. Saya akui, telah terdapatnya kes salah laku pelajar, tetapi ianya masih pada tahap terkawal.

Diantara permasalahan yang dihadapi remaja ialah gejala ponteng sekolah, melepak, lumba haram, menghisap gam, menonoton video lucah, mengambil minuman beralkohol dan yang paling menggoncangkan seluruh lapisan masyarakat adalah ada segelintir remaja yang mengamalkan hubungan seks bebas.

Remaja pada masa kini adalah pewaris kepimpinan pada masa akan datang. Seabad, atau sealaf yang akan datang bukanlah beratus-ratus tahun lagi ianya hanyalah sekitar 10 tahun yang akan menjelang. Jika permasalahan ini tidak di bendung dari sekarang, siapakah yang akan mencorak negara???

Wednesday, April 1, 2009

KEPIMPINAN TERBUKA


Bagai sudah ditakdirkan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri yang ke-5. Dengan pengalaman selama 44 tahun dalam bidang politik,cukup mematangkan Abdullah dengan pelbagai peristiwa susah senang dan pahit manis dalam dunia politik.

Untuk mengukur apa yang telah disumbangkan Abdullah sepanjang lima tahun lima bulan (Nov 2003-April 2009) sebagai Perdana Menteri, mungkin tidak terlalu banyak yang boleh disenaraikan. Tapi itu tidak bermakna Abdullah berundur tanpa jasa dan budi yang bakal dikenang sepanjang hayat oleh rakyat Malaysia. Abdullah. Landasan keterbukaan dan ketelusan seperti yang diharapkan oleh rakyat Malaysia dibuka sepenuhnya oleh Abdullah. Beliau akan diingati kerana sifatnya yang mudah didekati, mesra, lemah lembutdan penyayang. Imej pemimpin kampung bersama hati dan jiwa yang sangat dekat dengan rakyat, menarik rasa hormat yang tinggi terhadap


Meskipun hanya berselisih kira-kira 14 bulan daripada tarikh peralihan kuasa yang sebenar iaitu pada Jun 2010, namun sebagai Pemimpin sejati, Abdullah sedar apabila tiba masanya untuk beliau berundur. Kini segala tugas mentadbir negara bakal diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak, kini lengkaplah sudah ramalan teori Ya Rahman mengenai 6 pemimpin yang menerajui negara.Teori ini menggabungkan nama pangkal Perdana Menteri pertama sehinggalah sekarang ini.

R - Rahman


A - Abdul Razak


H - Hussien Onn


M - Mahathir


A - Abdullah


N - Najib




Monday, March 30, 2009

TRANSFORMASI KEPIMPINAN


Transformasi yang telah dibuat oleh pemimpin negara dengan gandingan generasi lama dan baru telah membawa perubahan drastik dalam kepimpinan hari ini. kontroversi pemilihan calon (MT) baru-baru ini telah menarik minat rakyat untuk mengikuti perubahan yang akan dibuat oleh bakal pemimpin masa depan.
Harapan rakyat kepada presiden baru diharap dapat membuat perubahan dasar kepimpinan negara kearah pembangunan dari segi ekonomi, perpaduan, sosial dan politik. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dapat dipertahankan demi mengukuhkan Institusi Beraja di Negara ini.